Isteri yang terbaik.
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg
saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi
saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin
dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun
saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan
seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup
menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suamikepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah
menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu
itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah
berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang
yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai
bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik
budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya
diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.
Ustaz terus terang
saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik
daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya
saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup
aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau
dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana
dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang
kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan
hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah
saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah
saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi
selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya
masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah
makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu
hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah
solat?...abang tak pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan
di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg
menggila…Bengkak pipinya.,dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia
akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai
suaminya.
Ustaz pernah suatu
hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang
digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya
di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak
pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk
saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang
berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah
lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di
luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya
rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya
kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang
dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu
ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia
bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya
telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila
saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan sememangnya saya
tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak
berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak
kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan keji
mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan
pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah
malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan
terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan
menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa
lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..,risau saya
mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah
yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya
kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera
saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun
dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan
bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya
kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah
meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru
dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan
pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa
besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam
dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal
rasanya.
Ustaz….ketika saya
boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh
sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak
bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu
letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah
puncanya.
Ustaz kesihatan isteri
saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis
sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan
terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang
saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur
hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan
menyesal.
Ustaz selepas itu isteri
saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai
rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti
mengalir.”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak
pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar
halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa
menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang
amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya
ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya
kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu
kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti
akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh
lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia
mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00
ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan
saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati
ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya
lakukan.
Ustaz jiwa saya tak
tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini...? apakah kekasaran dan
kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan
Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini
hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir
isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan
solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan
bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri
saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah
lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari
saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu
itu dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah
lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang
ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita
abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan
abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi
saya…jaga diri…sayang abang….selamanya."
Ustaz..saya
harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana
inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada
ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita
saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri
anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus
dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….
Terima kasih
ustaz….doakan saya…….
Sedih dan sebak bila
baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi
dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang
paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan
isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak
boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever by richard
mark.
P/s dr saya:
kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia
sementara masih ada, semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang
beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah
sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari
selepas ini..amiin ya Rabbi.. :)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar